:::: A I N H E Z A L ::::
........welcome to my world.........
By: Ayah and Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 4-Jan-2008 09:47 Email | Share | | Bookmark
Happy New Year 2008

I guess its not to late to wish everyone Happy New Year 2008!......2007 was gone but it has made us strong. The path was long but we walked it with a strong, there were fears, tears but we also had reason to cheers, again...Happy New Year 2008. May 2008 bring a thousand smiles to us and a memorable one..

This lately mmg tak banyak snap gambar, ever since Haziq pun sibuk nak snap gambar tu yg leceh sket, sbb dia pun sibuk nak pegang camera. Nampak je we all pegang camera mesti dia nak....kalau tak bagi nangis, jerit...eee...tak tahan.......Kalau kat wedding, dia nampak org ambil gambar dia pun sibuk nak ambil juga.....when the photographers are busy snapping, dia pun sibuk kat celah2 those photographers tu ambil gambar....nak bg dia camera tipu2 dia tak nak, dia nak yg betul punya....paling kurang pun hp...dahlah hp mama dia dah banyak kali ke tanah .....kalau nak bg camera yg betul...nangis ooooo.....



These are some photos of Haziq....gambar first tu dia kena chicken pox....2nd tu dia dah sihat, we all pegi 1 utama...bukan main ligat dia....3rd pic tu mama punya parents visit we all...sebenarnya dia orang tu dah rindu kat Haziq...mama ngan ayah mmg takleh cuti balik kg sbb dah habis cuti jaga Haziq masa Haziq kena chicken pox hari tu....

....


Friday, 19-Oct-2007 03:24 Email | Share | | Bookmark
Hari Raya Aidilfitri 2007

 
 
 
View all 5 photos...
Alhamdulillah, kita semua selamat menyambut Hari Raya yang lepas dengan penuh kesyukuran dan ketaqwaan....Bg ain di sini hari raya kali ini cukup bermakna dan menggembirakan. Dapat bersama ahli keluarga (kedua belah ahli keluarga, sebelah suami dan juga keluarga ain) walaupun dalam masa beberapa hari tp cukup bermakna........


Baru beberapa hari jumpa dah mula rasa rindu yg amat pada ayah dan ibu...thank you so much for everything! Rindunya laksa johor...


First sister....a.k.a mak long n pak long Haziq with their daughter kak nana.....we all semua mendoakan cepat2lah kak nana ada adik....


Gambar tak berapa elok, sbb we all sampai lambat so sessi penggambaran dah selesai n dia org semua dah packing barang nak pegi beraya, so snap jelah cepat2 sbb nak ikut dia org beraya....


Brother...the only one in the family...a.k.a pak ude n mak ude haziq with their childrens Izzah n Izzat..


And the rest of the girls......

Sedihnye tak dapat bergambar sefamily ngan keluarga suami....masing2 sibuk dan nak kejar masa, so tak dapatlah bergambar. In fact this raya mmg tak banyak gambar.......only these few n itupun raya pertama jer....

Anyway, for the rest of those who are visitting our fotopages we wish you all Selamat Hari Raya n Maaf Zahir Batin.....These lately mmg tak sempat nak update fotopages......tp kalau sempat I will make myself to look around at you guys punya fotopages.....

Oh ya, perasan tak rambut Haziq? This is the first time we really potong rambut dia.....susah betul nak potong, dia tak nak. Before this suh Tok Eh dia potong, itupun dapat potong sket jer. Disebabkan hari tu dah panjang sgt n nak raya pun, so bawak dia gie kedai....bila nampak jer mesin potong rambut tu, menjerit2 dia...terpaksa mama ngan ayah pegang kepala, kaki tangan dia.....sudahnya....not really nicely trimmed...tp tak perasan sgt..


Thursday, 30-Aug-2007 03:00 Email | Share | | Bookmark
3rd wedding anniversaries....trip to Penang..

Alhamdulillah...the trip was fun and memorable.....




To look at more pics on the trip (which was not really that much..) got to our flicker (its hassel-free dowloading pictures in flicker...)

http://www.flickr.com/photos/ainhezal/


Tuesday, 24-Jul-2007 02:38 Email | Share | | Bookmark
move by these words....

Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
"Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Arghh... tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata.... segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga.
Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir... permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun , putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha
justeru isteri pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok luruskan dengan berhati2,
bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya.

Lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang dimata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi. itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan,
sama-samalah merampingkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

Uhhh....Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan secara 'indirect' dari Tuhan hadapkanlah diri ke cermin hati,
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua ,"suami yang bersabar dengan isteri yang jahat mendapat pahala Nabi Ayub"
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab:
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya? "

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau intranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.


Tuesday, 10-Jul-2007 09:24 Email | Share | | Bookmark
Tagging!

........................

Dah beberapa hari ni network down so tak dapatlah nak men'tagging' sesiapa.
Well, Haziq been given a name of Haziq Iqbal because nak sama dengan ayahnyer. We all decide masa Haziq dalam kandungan lagi, if anak lelaki akan guna awalan yg sama dengan ayahnya, which is H dengan I (cause ayahnyer Hezal Iskandar), tp kalau perempuan akan ikut mamanyer, which is N dengan A (NurulAin). So bila dapat tahu yg we all akan dapat baby boy start lah cari nama yg start dengan H dan I. In the end we decided to choose


Haziq - Kebijaksanaanku
Iqbal - Kejayaanku


Well, we both berdoa agar Haziq dapat menjadi insan yg bijak dan berjaya di dunia dan jugak di akhirat.
Rasanya ramai yg dah kena, so ain akan tag...

1) ayie (http://farisayie.fotopages.com/)
2) zie (http://askyara.fotopages.com/)

REQUIREMENTS : Write about what or how or why you gave the name(s) to your kid(s). QUANTITY: 5 people
TAG MODE: Firstly you leave their blog and post link and add to the list below and secondly you let the blogger you want to tag know that he/she has been tagged by commenting in his/her blog or etc


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net